Eniq World Travel

TURKI

Home > Tour Detail

9H7M TURKI CLASSIC

Departure  :  Kuala Lumpur

Include  :  

  • Accommodation
  • Meals
  • Transport
  • Tour Guide

ITINERARY

Kuala Lumpur – Istanbul – Ankara

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Istanbul.

Lawatan di Ankara:

  • Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara di mana terletaknya Haci Bayram Mosque dan di sebelahnya peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of

Bermalam di Ankara.

 

Ankara – Cappadocia

Ataturk Mausoleum Complex:

Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.

Lake Tuz: Juga dikenali sebagai Salt Lake dan Pink Lake merupakan tasik ke-2 yang terbesar di

Bermalam di Cappadocia.

Cappadocia

Lawatan di Cappadocia:
Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang amat indah di sini dengan formasi batuan yang unik.

Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12.


-Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.


-Melawat galeri batu permata Turquoise & Onyx Handmande Store.


Bermalam di Cappadocia

Cappadocia – Konya – Pamukkale

  • Underground City: Merasai pengalaman unik masuk
    ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika
    15,000 orang tinggal di dalam kota bawah tanah ini
    bagi mengelak serangan musuh.
  • Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para
    saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih
    700 tahun.
  • Mevlana Museum: Mempelajari sejarah
    perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan
    sufi sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan
    Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan
    Uthmaniyyah.

Pamukkale – Bursa

  • Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan
    zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara
    bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate,
    The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan
    Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih
    lagi semulajadi kekal ke hari ini.
  • Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang
    berwarna putih seakan kapas terbentuk secara
    semulajadi di lereng gunung ini dan peserta
    boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.

Bermalam di Bursa.

Bursa – Istanbul

  • Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun
    yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah
    dibina pada tahun 1399.
  • Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan
    perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun
    1491 sehingga ke hari ini.
  • Green Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1412
    oleh atuk Sultan Mehmed I Celebi selepas kejayaan
    baginda menyatukan empayar Uthmaniyyah.
  • Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang
    merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah dibina
    pada tahun 1421.
  • Menaiki kereta kabel ke puncak Pierre Loti Hill
    (termasuk tiket) yang menawarkan pemandangan
    panorama indah teluk Golden Horn.
  • Eyup Sultan Mosque: Masjid tersemadinya
    makam sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub
    Al-Ansari yang syahid pada tahun 674 ketika
    peperangan menakluki Constantinople.
  • Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai
    jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti
    Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.

Bermalam di Istanbul.

Istanbul

  • Topkapi Palace (First Courtyard): Kawasan istana
    kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang
    menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun
    1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
  • Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah
    gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi
    masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi
    muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar
    menjadi masjid semula.
  • Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi
    gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
  • Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina
    pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah
    besar.
  • Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet
    kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung
    dalam penghasilan kulit.
  • Grand Bazaar: Merupakan antara pasar yang terbesar
    dan tertua di dunia dibina bermula pada tahun 1455
    lagi dengan sejumlah lebih 4,000 buah kedai

Istanbul

Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus
Cruise Tour menyusuri sepanjang Selat Bosphorus
dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang
tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari
yang merupakan kota pertahanan utama dibina sejak
tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki
Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan
pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat
pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden
Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh
Sultan Uthmaniyyah yang ke 31 dan Ortakoy Mosque
yang merupakan masjid yang paling terkenal di Selat
Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.

Pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan
terus dari Istanbul

 

Istanbul – Kuala Lumpur

Tiba di Kuala Lumpur.

Termasuk  :  

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangani
  • Penginapan hotel 7 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)i
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcarai
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Underground City dan Ancient Hierapolis
  • Tiket kereta kabel Pierre Loti
  • Pengangkutan bot persiaran persendirian
  •  

Tidak Termasuk  :  

  • Selain yang dinyatakan
  • Perbelelanjaan peribadi
  • Bagasi melebihi 20 kg
  • PA Insurans & Visa

TEMPAH SEKARANG

Scroll to Top