Eniq World Travel

Balkans 5 Negara

Home > Tour Detail

Skopje – Tetovo – Ohrid – Tirana – Shkoder – Kotor – Dubrovnik – Blagaj – Mostar – Sarajevo – Ahmici- Jajce – Bihac – Plitvice – Zagre

BALKANS SPECIAL

Departure  :  Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Include  :  

  • Pengakutan Sepanjang Lawatan
  • Pemandu Pelancong Muslim
  • Penginapan 4*
  • Tour Guide
  • Makan & Minum

ITINERARY

KUALA LUMPUR – ISTANBUL

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Skopje
    (transit di Istanbul).

ISTANBUL – SKOPJE

  • Lawatan di Skopje
  • Skopje Kale Fortress: Kota pertahanan yang terletak di tengah bandar
    Skopje ini dibina seawal kurun ke-6 lagi. 
  • Stone Bridge: Jambatan batu yang merentasi Vardar River di tengah kota
    ini dibina pada tahun 1451. 
  • Alexander The Great Statue: Tugu setinggi 14.5 m ini dibina pada tahun
    2011 sempena 20 tahun kemerdekaan Republic of Macedonia. 
  • Masa bebas di Macedonia Square sambil membeli-belah cenderamata dan
    makanan tradisi di Old Bazaar. 
  • Old Train Station : Stesen Keratapi lama dibina pada tahun 1938 dengan
    hiasan Byzantine. 
  • Bermalam di Skopje.

SKOPJE – TETOVO – OHRID – STRUGA

  • Lawatan di Tetovo
  • Sarena Painted Mosque: Kompleks masjid yang berwarna-warni ini
    dibina pada tahun 1438 dan turut menempatkan laman bunga, sekolah
    Medresa dan Turbe (makam) 2 beradik perempuan yang menaja
    pembinaan masjid ini.
  • Lawatan di Ohrid
  • Haji Turgut Mosque: Masjid yang tertua di sini yang dibina pada tahun
    1466.
  • Abedin-Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada abad ke-17 yang turut
    menempatkan makan Emir pertama Ohrid. 
  • Masa bebas di Chinar Square yang terkenal dengan Old Chinar Tree
    yang berusia lebih 1000 tahun dan membeli-belah di Old Bazaar Street. 
  • Nikmati pemandangan indah Lake Ohrid yang cukup indah dan luas
    umpama lautan. 
  • Monastery of St. Naum: Biara Ortodoks ini dibina di tebing Lake Ohrid
    sejak tahun 905 ketika zaman Bulgarian Empire. 
  • Bermalam di Struga.

STRUGA – TIRANA – SKHODER

  • Lawatan di Tirana:
  • Ethem Bey Mosque: Dibina pada tahun 1791, masjid ini menjadi
  • pemangkin kejatuhan komunisme negara ini.
  • Clock Tower of Tirana: Menara jam setinggi 35m yang dibina
    pada tahun 1811.
  • Lawatan bas panorama melepasi Pyramid of Tirana, National History
    Museum, Cold War Bunker, Skanderbeg Square dan Skanderbeg
    Monument.
  • Lawatan di Shkoder:
  • Lawatan bas panaroma melepasi Rozafa Castle kota pertahanan dan
    kediaman zaman Illyrian , Ebu Beker Mosque dan Shkoder Lake.
  • Bermalam di Shkoder.

SHKODER – KOTOR – DUBROVNIK – TREBINJE

  • Lawatan di Kotor:
  • Old Town of Kotor: Antara kota tepi laut yang tercantik di Mediterranean
    dengan tembok kota setinggi 20m dan antara tarikan di sini ialah Square
    of Arms, Watch Tower, Prince’s Palace, Pillar of Shame dan Sea Gate of
    1555.
  • Old City of Dubrovnik: Dikenali sebagai Pearl of the Adriatic kerana
    keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya destinasi wajib jika ke Balkans. 
  • Melawat tarikan utama di dalam tembok kota ini seperti Large Onofrio Fountain, Rector’s Palace, Clock Tower, Bell Tower, Orlando’s Column dan juga bersiar-siar.
  • Bermalam di Trebinje.

TREBINJE – BLAGAJ – MOSTAR

  •  Lawatan di Blagaj
  • Berfoto dan menikmati pemandangan yang amat indah di mata air Buna River Spring. 
  • Lawatan di Mostar
  • Mostar Bridge: Jambatan ikonik Bosnia yang terkenal di serata dunia dan dibina pada abad ke-16 berdasarkan senibina Islamik Balkan. 
  • Koski Mehmed Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618 berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki. 
  • Membeli-belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terletak di sepanjang Neretva River. 
  • Bermalam di Mostar

MOSTAR – SARAJEVO

  •  Bersiar-siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang semulajadi taman ini. 
  • Tunnel of Hope: Terowong yang dibina ketika Perang Bosnia dan digunakan penduduk setempat bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika mana pada waktu itu bandar Sarajevo dikepung oleh tentera Serbia. 
  • Membeli-belah di Bascarsija Bazaar sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia dibina pada tahun 1530, menara jam Sahat Kula dan juga Vijecnica
  • Temui dan ambil foto Sarajevo Roses, nama panggilan kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah membentuk seakan bunga ros di hadapan Sacred Heart Cathedral.
  • Bermalam di Sarajevo.

SARAJEVO – AHMICI – JAJCE – BIHAC

  • Lawatan di Ahmici
  • Melawat 116 Monument di perkampungan kecil Ahmici di mana terjadinya peristiwa tragik pembunuhan 116 orang penduduk dalam satu pagi oleh tentera Croatia ketika Perang Bosnia. 
  • Lawatan di Jajce
  • Berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27m dan Watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu di atas Pliva River di Jajce. 
  • Bermalam di Bihac.

BIHAC – PLITVICE – ZAGREB – KUALA LUMPUR

  • Melawat dan bersiar-siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil sebagai syurga dunia. Sesuai panggilannya, kawasan ini cukup indah dengan tasik yang kehijauan dan rangkaian air terjunnya yang menakjubkan. 
  • Lawatan di Zagreb:
  • Melawat sekitar kota Zagreb terutamanya di Ban Jelacic Square yang terdapatnya Zagreb City Skale Model, Ban Jelacic Statue dan Lotrscak Tower. 
  • Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Istanbul).

Termasuk  :  

  • Tiket Penerbangan (Return)
  • Penginapan Hotel 4* Setaraf
  • Makan & Minum
  • Tiket Masuk Lawatan
  • Pengangkutan Bas
  • Tour Leader & Tour Guide Professional
  • Tip Tour Guide & Pemandu Bas

Tidak Termasuk  :  

  • Perbelanjaan Sendiri
  • Aktiviti Sendiri

TEMPAH SEKARANG

Scroll to Top